Monday 28 April 2014

[Fenomena] Telefon Bimbit: Keperluan atau Trend?

Lihat sekeliling kita. Bagaimana gaya hidup anak-anak muda zaman sekarang? Telefon bimbit menjadi satu keperluan pada zaman sekarang. Ya, memang banyak kegunaan telefon bimbit. Pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dengan alasan mudah untuk menghubungi ibu bapa sekiranya ada hal yang perlu tindakan segera. 

Mungkin itu saja alasannya. Lain?

Ambil gambar ‘selfie’
‘Share’ gambar dengan kawan-kawan
‘Update’ status FB, Twitter
Dengar lagu (masa cikgu sedang mengajar)

Dan macam-macam lagi…

Paling teruk, mereka mungkin ada menyimpan video atau gambar lucah. Lepas tu ‘share’ dengan kawan-kawan, ‘bluetooth’, ‘whatsapp’ dan sebagainya… tanpa diketahui oleh orang lain termasuk cikgu.

Telefon bimbit yang pada mulanya dicipta untuk kegunaan dan kemudahan, di salah guna oleh pelajar dengan aktiviti yang tiada faedah dan merosakkan minda.

Sekarang bukan masanya kita menuding jari, tapi watak utama yang perlu mengambil langkah pertama adalah ibu bapa di rumah. Siapa lagi yang membekalkan teknologi ini kepada pelajar, kalau bukan ibu bapa? Ibu bapa ada hak untuk ‘check’ kandungan telefon bimbit anak-anak, kawal pergerakan dan pergaulan mereka melalui alat kecil itu. Ambil tahu dengan siapa mereka saling berhubung, apa kandungan mesej dan perbualan mereka. Ataupun kan bagus daripada awal tak payah beri telefon bimbit kepada mereka. Bukankah itu lebih baik, Mencegah lebih baik daripada Memerangi?

Masalahnya sekarang, tak semua ibu bapa peduli akan hal ini. Malah, ibu bapa sekarang takut untuk menegur anak sendiri. Takut merajuk, takut mereka lari dari rumah, takut memberontak, takut terjebak dengan kawan-kawan yang bermasalah di luar rumah…takut dan takut… Mereka tidak sedar yang telefon bimbit itu menjadi salah satu punca utama anak-anak tidak belajar, malas belajar, mengabaikan solat dan ibadah, terjebak dalam pornografi dan macam-macam lagi.

Tak perlu bersua muka, sekarang kan maklumat di hujung jari. Dunia tanpa sempadan. Duduk menghadap telefon bimbit pun dah macam-macam boleh dapat.


‘Mencegah lebih baik daripada Memerangi’


Keratan akhbar berkenaan kesan negatif gajet

No comments:

Post a Comment