Lihat sekeliling kita. Bagaimana gaya hidup
anak-anak muda zaman sekarang? Telefon bimbit menjadi satu keperluan pada zaman
sekarang. Ya, memang banyak kegunaan telefon bimbit. Pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah dengan alasan mudah untuk menghubungi ibu bapa sekiranya ada
hal yang perlu tindakan segera.
Mungkin itu saja alasannya. Lain?
Ambil gambar ‘selfie’
‘Share’ gambar dengan kawan-kawan
‘Update’ status FB, Twitter
Dengar lagu (masa cikgu sedang mengajar)
Dan macam-macam lagi…
Paling teruk, mereka mungkin ada menyimpan video
atau gambar lucah. Lepas tu ‘share’ dengan kawan-kawan, ‘bluetooth’, ‘whatsapp’
dan sebagainya… tanpa diketahui oleh orang lain termasuk cikgu.
Telefon bimbit yang pada mulanya dicipta
untuk kegunaan dan kemudahan, di salah guna oleh pelajar dengan aktiviti yang
tiada faedah dan merosakkan minda.
Sekarang bukan masanya kita menuding jari,
tapi watak utama yang perlu mengambil langkah pertama adalah ibu bapa di rumah.
Siapa lagi yang membekalkan teknologi ini kepada pelajar, kalau bukan ibu bapa?
Ibu bapa ada hak untuk ‘check’ kandungan telefon bimbit anak-anak, kawal
pergerakan dan pergaulan mereka melalui alat kecil itu. Ambil tahu dengan siapa
mereka saling berhubung, apa kandungan mesej dan perbualan mereka. Ataupun kan
bagus daripada awal tak payah beri telefon bimbit kepada mereka. Bukankah itu
lebih baik, Mencegah lebih baik daripada Memerangi?
Masalahnya sekarang, tak semua ibu bapa
peduli akan hal ini. Malah, ibu bapa sekarang takut untuk menegur anak sendiri.
Takut merajuk, takut mereka lari dari rumah, takut memberontak, takut terjebak
dengan kawan-kawan yang bermasalah di luar rumah…takut dan takut… Mereka tidak
sedar yang telefon bimbit itu menjadi salah satu punca utama anak-anak tidak
belajar, malas belajar, mengabaikan solat dan ibadah, terjebak dalam pornografi
dan macam-macam lagi.
Tak perlu bersua muka, sekarang kan
maklumat di hujung jari. Dunia tanpa sempadan. Duduk menghadap telefon bimbit
pun dah macam-macam boleh dapat.
‘Mencegah lebih baik daripada Memerangi’
Keratan akhbar berkenaan kesan negatif gajet |
No comments:
Post a Comment