Saturday 3 May 2014

[Aktiviti] Di sebalik tabir...

Di sebalik tabir Pembikinan Video Mesej Pelajar









[Hebahan] Pertandingan antara AJK KPJ Sekolah


SMK Kota menghantar penyertaan dalam DUA kategori pertandingan: 

1. PAPAN NOTIS TERBAIK
2. MESEJ CEGAH JENAYAH TERBAIK

Pertandingan ini disertai oleh 13 buah sekolah di sekitar Kota Bharu

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 4 Mei 2014 di Majlis Makan Malam dan Pelancaran Laman Blog YPJM Kelantan
bertempat di Pantai Cahaya Bulan Resort.

Thursday 1 May 2014

[Aktiviti] Menghias Papan Kenyataan KPJ SMK Kota

SEBELUM

Guru Praktikum bersama dengan pelajar 

Pelajar membantu memenuhkan papan kenyataan dengan 'brochures' dan poster berkenaan dengan KPJ dan isu semasa


SELEPAS

Tuesday 29 April 2014

[fakta] Jenayah Remaja di Malaysia (JENAYAH JUVANA)

Pengenalan

Jenayah juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja  yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya.


Jenis Jenayah

Hari ini,masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah. Sekarang, isu jenayah di sekolah-sekolah semakin berleluasa .Antara jenayah yang dilakukan ialah agresif terhadap manusia. Jenayah peras ugut dilakukan oleh mereka yang hidup dalam dunia fantasi sendiri. 


Vandalisme juga merupakan jenayah yang sering berlaku. Mereka akan merosakkan harta benda dan kemudahan awam di mana-mana khasnya di taman permainan dan sekolah. Jenayah juvana termasuk menipu dan mencuri


Walaupun sebilangan mereka berasal daripada keluarga yang berada, mereka masih melakukan jenayah untuk menunjukkan keberanian mereka. Mereka berasa bangga melibatkan diri dalam aktiviti yang buruk ini.Ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan dasar pendidikan menyebabkan mereka melakukan perkara di luar jangkaan. 


Jenayah yang berpunca daripada kepesatan teknologi juga membimbangkan. Penyebaran dan ketagihan terhadap video lucah, remaja menjadikan media sosial sebagai perantaraan. Hal ini boleh juga membawa kepada kes cabul dan rogol dalam kalangan remaja. Jangan terkejut, kesemua ini melibatkan  pelajar sekolah rendah.


Ketagihan dadah dan alkohol juga semakin meruncing. Pelajar sekolah menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan sampingan, mengambil dadah tanpa mengambil tahu risiko dan bahaya yang menanti. 


Punca-punca

Peranan ibu bapa begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang pendidikan agama.Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudak dipengaruhi. Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Meraka berasa bangga semasa diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka.


Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Langkah Mengatasi

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anaknya dari kecil sebelum terlambat.Ibu bapa perlulah menberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu,ibu bapa juga selalu memantau anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar.


Selain itu, remaja haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti selalu berinteraksi dengan ank-anak mereka supaya tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja.


Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

"Mencegah lebih baik daripada Memerangi"

sumber asal di sini


[Media] Kelab Pencegahan Jenayah beri pendidikan untuk murid

Kelab Pencegahan Jenayah beri pendidikan untuk murid
2013/07/15 - 06:16:53 AM


Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersedia memainkan peranan melalui Kelab Pencegahan Jenayah untuk mendidik murid sekolah mengenai aspek pencegahan jenayah.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), berkata pendidikan keselamatan jenayah terhadap kanak-kanak perlu diperhebatkan ekoran peningkatan kes jenayah terhadap golongan itu. 

“Sekolah memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada
kanak-kanak mengenai perbuatan jenayah zalim seperti penculikan, liwat, rogol dan juga pembunuhan. 


Sekolah memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai perbuatan jenayah zalim seperti penculikan, liwat, rogol dan juga pembunuhan." Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusinya MCPF

“Bagaimanapun, peranan utama dalam melindungi kanak-kanak daripada perbuatan jenayah harus dimulakan oleh ibu bapa dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Langkah awal

Lam Thye berkata, pihak polis juga boleh melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan pelindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil adalah rondaan di kawasan berisiko tinggi serta mengadakan sesi dialog bersama penduduk bagi mengatasi perkara utama yang menjadi perhatian masyarakat


sumber asal: BERITA HARIAN

[Trivia] MARI MEMERANGI JENAYAH



[Fenomena] Facebook Antara Punca Kes Rogol


KUANTAN: Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.
“Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial.
“Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan ketua jabatan kerajaan, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.
Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.
sumber asal: BERITA HARIAN